13/10/2013

~PENANG LITTLE INDIA~ #THE.STREET.1

Terus mencari
Keunikan
Dalam hal hal biasa
Dengan menjadi 'The outsider'

Tiga tahun lebih, hidup di Penang. Naik bas rapid Penang kalau nak ke jeti akan lalu area Georgetown, masuk area Masjid Kapitan, Kassim Mustafa. Nanti daripada tingkap luas bas tu nampak bangunan bangunan lama, antik, yang warna warnanya vintage, pakcik makcik muda mudi naik basikal. Selalu lalu, nampak macam biasa. Tak ambil peduli. Lalu...lalu jelar.

Last time, sa ubah kebiasaan sa, sa tekan loceng, turun area Kassim Mustafa. Menapak jalan kaki pusing pusing area situ. Yang suka tangkap ambil gambar memang akan layan habis.

Bila lalu simpang empat Lebuh Queen yang bertemu dengan Lebuh Pasar, ada lagi 2 lebuh, nanti akan dengar lagu hindustan atau tamil yang buat tangan kaki badan nak bergerak. Strong smells daripada 'setangi'. Warna warni yang terang lagi colourful sepanjang jalan kedai sari, gelang gelang. Waktu sa menapak, waktu pagi. Memang happening...Alive. Ada toko tepi jalan jual kuih tradisional, susu lembu, uncle auntie yang sembahyang, lepak lepak tepi jalan.


Bole chudiyan, bole kangana~



Part paling best bila lalu toko yang jual bunga bunga kekwa yang wangi wangi yang warna warni.
Mata tak lepas pandang.
Camera tak akan dimati.
Hati tak henti memuji.






Toko bunga bunga kekwa ni agak jauh dari area utama Little India.

Kali lain, kali kongsi yang lain.

Ciau~

4 comments:

  1. Replies
    1. ohh hehh..time kalau ada upacara or perayaan apa apa lagi meriah kan ^_^

      Delete
  2. cantiknya gambar-gambar dy.. btw, Happy Eid Adha Sis :D Ice Princess

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih >.< nanti singgah2 ler lg. selamat berhari raya jugak

      Delete