19/11/2012

~SEPALIT PEMIKIRAN DIRI~


Ya mungkin sa naif. Mungkin siapa sa untuk pahatkan kata-kata dengan ilmu yang takat mana jer ni. Bagi sa setiap diri ada pandangan ada jangkaan ada penilaian sendiri. Itu hak diri tiada siapa dapat cabuli hak tu. Nak judge nak bantah nak cakap suatu benda pun kalau diri ni naif jadi sangat takut dan tak berani nak cakap atau buat sesuatu. Takut makan diri takut terkena batang hidung sendiri. Ya norma masyarakat siapa yang punya ilmu haknya untuk menyatakan sesuatu akan lebih, ya dia menang dalam menyusun kata, ya dialah tahu akan kebenarannya. Tapi jangan lupa apa yang difikirkan oleh mereka yang naif ternyata sudut pandangnya sangat beza , mungkin ilmunya tidaklah luas tapi apa yang difahaminya adalah apa yang dilihatnya, apa yang jelas dimatanya, segala aksi sosial dalam kehidupan. Jadi apabila mereka ini bertindak diluar norma atau kebiasaan tak perlu kot nak judge, itu pilihan mereka.


Apa yang sa nampak adalah suatu fenomena MUSIM. Sama macam bila kat penang tempat sa belajar yang hampir setiap hari hujan. Semua nyatakan ini adalah musim hujan. Mereka akan prepare payung dalam beg bila keluar bilik. Tapi tak semua buat macam tu. Tapi bila dah habis musim keadaan balik jadi macam hari-hari yang biasa, payung yang jadi keutamaan nanti kita lupakan. Konsepnya sama bagi sa. Nampak kannnn...kita yang memusimkannya. Hak masing-masing nak ikut atau tak, tiada yang salah tiada yang benar, mereka tidak boleh untuk tetapkannya sebab itu kerja di ATAS sana, DIA yang MAHA KUASA untuk tetapkan.

Tiada siapa tahu kebenaran sesuatu tu dan tiada jaminan yang benda tu benar...melainkan yang telah ditetapkan oleh-NYA..


09/11/2012

~SANGAT PENTING NOTA TERSUSUN~


Untuk elak tidur dalam kuliah, ambil pen. Bukan untuk lukis-lukis gambar pensyarah ke kawan sebelah ke doodle ke ape ke, tapi untuk salin ape yang pensyarah cakap pungpangpungpang kat depan. Tapi kalau dah tahap sengguk-sengguk tu sa pun lukis-lukis jugak muka pensyarah muka kawan sebelah yang pun ketiduran.heeee... Tambah-tambah lagi kalau course macam sa, sosiologi, memang ape yang pensyarah cakap selalunya takda dalam nota, dia cakap apa yang dia fikir takkan ada ulangan. Pendapat dia tentang topik yang dia cerita dalam kulliah selalunya masuk dalam soklan exam. Benda ni selalu terjadi, masa tu rasa pedih sakit hati rasa macam nak hentak-hentak meja kerusi dalam exam hall tu sebab tak salin ape yang dia cakap jadi bila buat ulangkaji benda tu takda bila soklan keluar memang takkan keluar lar jawapan kannn. 

So terang-teranglah  memang kena tulis apa yang pensyarah cakap. Buat yer pensyarah tu cakap laju ha memang takkan lekang lar pen atas kertas kannn. Macam pensyarah sa, Dr.Azrina ajar paper teori tingkah laku manusia. Perrgghh cara dia cakap macam memang dia tak sabar nak masuk topik baru. Pungpangpungpang tak stop dan cepat. Kena fokus gila sebab nak tangkap ayat dia simpan dalam nota. Masalah yer sekarang, memang setiap ape yang dia cakap pasal satu-satu topik tu sa salin. Memang tak tersusun lar jawab yer kan nota sa. Bayangkan jelar kalau dia dah masuk cakap bahagian kedua topik tu tiba-tiba dia patah balik sebut bahagian yang first. Tak ke naya jer nota sa campur-campur.


Yang paling best sekali bila masuk kelas tutorial dia tanya konsep yang dia bincang dalam kuliah. Ha payah sa nak cari balik konsep yang mana bahagian mana. Sebab dalam satu muka surat tu semua benda ada tapi tak tersusun tak tahu dia maksudkan konsep yang mana. Nampak kan kerumitan disitu. Ada satu time tu, semua satu kelas terdiam tak tahu konsep mana dia nak. Dia suruh fikir jugak dan dia sanggup tunggu sampai 30 minit kot. Sa dok belek-belek nota sa dan sa yakin sa salin. Sa dok pening cari bising-bising kat tutormate yang sa ada salin. Semua pakat cari dalam nota sa. Memang ada jawapannya. Heee. Akak senior jumpa. Semua konsep ada dalam nota sa cuma konsep pertama kat hujung page, yang kedua kat mana entah ketiga lagi lar tercampak mana entah. Heeee. Akak senior siap pesan lagi lain kali tulis leklok sikit senang kami nanti. Heeee.

Nampak kan kat sini betapa penting yer tulis nota leklok bukan senang untuk diri sendiri jer tapi senang untuk orang lain refer. Lagi satu orang cakap macam mana nota tu macam tu lar orangnya. Nota pun boleh melambangkan identiti individu tau. Heeeee. Nampak sangat nota sa tunjukkan yang sa jenis nak semua benda ada sekali. Hmmm...tapi kena tengok situasi jugak. Dalam situasi sa yang dengan cara Dr.Azrina yang buat sa tak sempat nak susun nota atau plan nak tulis nota macam mana sebab nak tangkap ayat dia, memang lintang pukang lar kan nota tu. Heee...

Sambung cari point penting Dr.Azrina dalam nota ribut taufan sa.Heeee...


20/10/2012

~EXCITED STATE DENGAN ADOBE PHOTOSHOP CS5~


Sa sekarang ni seronok tambah dengan keterujaan yang meninggi buat poster pakai ADOBE PHOTOSHOP. Sa agak ketinggalan sikit benda-benda yang macam tu, even akak Sa advance tahap taiko pakai benda alah adobe ni sebab tu memang keje dia, dia memang dok hadap adobe jer. Sebelum ni tak pernah teringin pun nak belajar, taye-taye pun memang tidaklah jawapannya. Kalau ada pape macam buat banner, button badge, t-shirt ke benda yang ade kaitan, Sa akan minta tolong dia dengan muka abes kesian sambil duduk tepi dia time dia buat tapi banyak pulak Sa complain.Hehehehe

Nak dijadikan cerita budak multimedia kelab Sa lappy dia masalah problem then tak bole la buat benda poster-poster untuk publisiti program. Nak tak nak, Sa try buat sendiri pakai adobe. Godek-godek sikit, google-google tengok-tengok apa yang Sa tak tahu. Alhamdulillah jadi lar jugak poster Sa. Hahaha padahal Sa tak tahu pun ape function layer-layer lar ape lar, sampai sekarang Sa tak paham lagi -.-

Ni antara poster yang Sa buat setakat ni~




InsyaAllah Sa nak belajar lagi pasai benda-benda adobe ni. Tetiba rasa syok minat penting semua perasaan-perasaan lar.

07/10/2012

~BIAR AKU MULA BALIK~

Assalamualaikum
Haliu

Aku frust lepas aku gatai pergi delete album kat GOOGLE. Aku biar belog aku terbiar aku tak pandang aku tak log in. Lepas aku rasa macam bodoh dengan kebodohan tu dah hilang, aku rasa macam nak log in balik. 

Nak mula dari mana,mana nak mula, tak tahu nak mula mana, ni pun jadi satu masalah problem. Dengggg.
Okay take a real deep breath. Sekarang aku dah masuk tahun 2 belajar dalam kursus Antropologi dan Sosiologi kat Universiti Sains Malaysia. Alhamdulillah. Lagi sedikit jer nak habis dah. Lagi setahun setengah. 
Dah lar cukup agaknya sesi warming up aku kali ni. Nanti aku sambung lagi...
Malam~