20/10/2012

~EXCITED STATE DENGAN ADOBE PHOTOSHOP CS5~


Sa sekarang ni seronok tambah dengan keterujaan yang meninggi buat poster pakai ADOBE PHOTOSHOP. Sa agak ketinggalan sikit benda-benda yang macam tu, even akak Sa advance tahap taiko pakai benda alah adobe ni sebab tu memang keje dia, dia memang dok hadap adobe jer. Sebelum ni tak pernah teringin pun nak belajar, taye-taye pun memang tidaklah jawapannya. Kalau ada pape macam buat banner, button badge, t-shirt ke benda yang ade kaitan, Sa akan minta tolong dia dengan muka abes kesian sambil duduk tepi dia time dia buat tapi banyak pulak Sa complain.Hehehehe

Nak dijadikan cerita budak multimedia kelab Sa lappy dia masalah problem then tak bole la buat benda poster-poster untuk publisiti program. Nak tak nak, Sa try buat sendiri pakai adobe. Godek-godek sikit, google-google tengok-tengok apa yang Sa tak tahu. Alhamdulillah jadi lar jugak poster Sa. Hahaha padahal Sa tak tahu pun ape function layer-layer lar ape lar, sampai sekarang Sa tak paham lagi -.-

Ni antara poster yang Sa buat setakat ni~




InsyaAllah Sa nak belajar lagi pasai benda-benda adobe ni. Tetiba rasa syok minat penting semua perasaan-perasaan lar.

07/10/2012

~BIAR AKU MULA BALIK~

Assalamualaikum
Haliu

Aku frust lepas aku gatai pergi delete album kat GOOGLE. Aku biar belog aku terbiar aku tak pandang aku tak log in. Lepas aku rasa macam bodoh dengan kebodohan tu dah hilang, aku rasa macam nak log in balik. 

Nak mula dari mana,mana nak mula, tak tahu nak mula mana, ni pun jadi satu masalah problem. Dengggg.
Okay take a real deep breath. Sekarang aku dah masuk tahun 2 belajar dalam kursus Antropologi dan Sosiologi kat Universiti Sains Malaysia. Alhamdulillah. Lagi sedikit jer nak habis dah. Lagi setahun setengah. 
Dah lar cukup agaknya sesi warming up aku kali ni. Nanti aku sambung lagi...
Malam~