20/12/2013

~ANTIKNYA GEORGERTOWN~ #THE.STREET.4

antique
vintage
madness

hay yo sembang streeting lagi kita. Aduh jangan bosan ya. Selain painting 2D pada dinding dinding, dengan props melekat pada dinding, painting kucing kucing jalanan, minions attack, bangunan heritage....kedai kedai souvenir yang ada dekat area situ pun sangatlah unik,antik, jual pulak barang barang antik,vintage.

ayuh...tempek gambar lagi.

ha ni kedai amoi jual ais kepal. Dia kisar ais pastu kita pilih nak letak perisa apa.


Hiasan setiap satu kedai pun sangatlah vavavoom vintage. Memang favoritas Sa.





Ok terompah masjid pun boleh jadi hiasan, cat cat sikit lukis lukis sikit, tadaaaa jadi hiasan dinding.


Tiap kali tengok lampu ni mesti teringat hantu dalam movie Insidious, Black Transex Bride.
Mungkin sebab veil dia.




Ni baru betul konsep kitar semula barang terpakai yang tak boleh pakai. Kasut bunga.
Subur pulak tu bunganya dalam kasut tu.



Ok hiasan hiasan semua ni memang kreatif...


Serius lepas nanti keluar dari pulau ni, Sa mugkin akan rindu sesangat dekat pulau ni. Lagi tinggal satu semester Sa belajar sini. Kalau takde apa hal memang tak jejak lar pulau ni lagi melainkan family vacation, tapi confirm family sa dah jemu ke mari, tiap tahun jejak sini hantar Sa.Hehhhhh


10/12/2013

~STREETING LAGI~ #THE.STREET.3

selagi diri dalam pulau
selagi tu banyak gambar dari dalam pulau

Sa nak tempek lagi gegambar hasil tangkapan Sa jenjalan area Georgetown Penang. Kiranya ala ala kompilasi, sebab Sa dah banyak kali jugak pergi tangkap gambar kat situ, dalam 4 5 kali. Yang kali pertama Sa jejak sana dengan geng kelab foto USM. Haruslah pergi reramai for the first time, nanti sesat tak tahu jalan, tak jumpa spot spot street art dan lain lain. Lepas dah tahu spot, terus ikut suka pergi sensorang. Bila pergi naik kereta dengan member terus lost, yelar bukan sama jalan kaki cari spot tempat tempat tu dengan bila kita dalam kereta. kalau jalan kaki boleh potong potong jalan, masuk lorong celah celah.

ayuh...mula tempek tempek gambar

Spot yang banyak street art...Lebuh Armenian...sepanjang jalan ni kita boleh jumpa lukisan pada dinding dinding dan kedai souvenir. Street art dekat lebuh lain pun ada...Lebuh Victoria, Lebuh Pantai, Lebuh Ah Que, banyak lagi lebuh lebuh lain. Jangan risau map untuk spot spot tu boleh minta pada uncle auntie kedai rent basikal.


Sebab masa pergi yang pertama kali tu pergi dengan geng foto, haruslah geng tu jugak yang jadi model.


Haish gigih memasing posing.hehehe


Ha tu semua geng kelab foto USM . Group photo adalah WAJIB. Serius unik kan painting dia, siap ada props untuk posing.

Ha yang seterusnya ni, painting dan karya seni sempena kempen...Sa tak pasti apa nama kempen tu, tapi yang pastinya pasal sayang sayang selamat selamatkan kucing.



Dah gambar butts kucing pun boleh...

Yang terbaru ada minions comel comel bersepah dekat area ni.

haaaaa tertarik tak nak jenjalan area Georgetown....once u in Penang, u should go at least once. Ini serius.