selagi diri dalam pulau
selagi tu banyak gambar dari dalam pulau
Sa nak tempek lagi gegambar hasil tangkapan Sa jenjalan area Georgetown Penang. Kiranya ala ala kompilasi, sebab Sa dah banyak kali jugak pergi tangkap gambar kat situ, dalam 4 5 kali. Yang kali pertama Sa jejak sana dengan geng kelab foto USM. Haruslah pergi reramai for the first time, nanti sesat tak tahu jalan, tak jumpa spot spot street art dan lain lain. Lepas dah tahu spot, terus ikut suka pergi sensorang. Bila pergi naik kereta dengan member terus lost, yelar bukan sama jalan kaki cari spot tempat tempat tu dengan bila kita dalam kereta. kalau jalan kaki boleh potong potong jalan, masuk lorong celah celah.
ayuh...mula tempek tempek gambar
Spot yang banyak street art...Lebuh Armenian...sepanjang jalan ni kita boleh jumpa lukisan pada dinding dinding dan kedai souvenir. Street art dekat lebuh lain pun ada...Lebuh Victoria, Lebuh Pantai, Lebuh Ah Que, banyak lagi lebuh lebuh lain. Jangan risau map untuk spot spot tu boleh minta pada uncle auntie kedai rent basikal.
Sebab masa pergi yang pertama kali tu pergi dengan geng foto, haruslah geng tu jugak yang jadi model.
Haish gigih memasing posing.hehehe
Ha tu semua geng kelab foto USM . Group photo adalah WAJIB. Serius unik kan painting dia, siap ada props untuk posing.
Ha yang seterusnya ni, painting dan karya seni sempena kempen...Sa tak pasti apa nama kempen tu, tapi yang pastinya pasal sayang sayang selamat selamatkan kucing.
haaaaa tertarik tak nak jenjalan area Georgetown....once u in Penang, u should go at least once. Ini serius.
No comments:
Post a Comment