ohhh kay
cuba lihat side baru, side lama
sudah cuba?
maaf masih tak dapat nilai
apa yang baik bagus untuk yang baru ini
Haa atas ni antara profile picture yang kebanyakan dari kami student USM guna pakai sekarang. Protes mungkin atau mungkin mahu tunjuk prihatin, ambil berat, memang hak student, tengah suffer, tarik perhatian orang-orang yang berkaitan, biar mereka mereka tu sedar, pandang. Haaa then kemungkinan lepas ni baru lar gegeh nak tukar balik route lama. PREDICTABLE SCENARIO.
Masuk-masuk awal semester U sa, USM baru-baru ni, route bas yang lalu lalang dalam USM yang kerja dia ambil student hantar pergi mana-mana dalam USM, dah diubah ditukar dibarukan. Yang baru, dia ala ala ada transit transit bagai, macam Komuter dan LRT tu. Dari main bus stop, tempat tu kami panggil Padang Kawad. Then dari situ turunkan kat area dewan kuliah. Semua HARUS turun situ then naik bas lain untuk pergi mana hala tuju masing masing.
Apa mata ni lihat...
1. Dari Padang Kawad, student yang tunggu ya amat ramai. Kena jadi selfish, rebut rebut, himpit himpit dalam bas sampai macam muka, badan melekat kat cermin pintu. Kesian student yang tunggu kat next stop. Bas dah penuh, tak muat. Kena tunggu lagi 10,15,20,30 minit.
2. Kat tempat yang kena transit, yang semua kena turun kat situ:
-Tempat dia tak comfortable, bahaya, tepi jalan kot. Dah semua kena turun situ, kena tunggu kat situ untuk naik bas lain, bayangkan berapa ramai yang diri kat situ, tepi jalan. Orang-orang yang lalu naik kereta ke motor ke, kena jaga jaga lalu kat situ, sebab student penuh, takut jadi kes pula terlanggar ke apa ke.
-Bila hujan, tak ke naya semua...berbasah berlenjun. tempat nak teduh pun tak muat. Bila panas terik, confirm rentung muka, sakit kepala.
-Bas yang nak ditunggu pula, lambat. Yer mungkin matlamat mereka nak jadikan student seorang yang penyabar.
3.Jadi kerja pula pergi balik, kena naik 2 3 bas. Ambil masa sangat. 15-30 minit untuk pergi. 15-30 minit untuk balik. GAPOOO haihhh
Jadi beramai- ramailah student berjalan kaki. Sa pula setiap hari selasa dah memang jadi rutin dari Pusat Bahasa, kelas bahasa habis pukul 7 malam, time tu memang bas tak nampak bayang, then jalan lah kaki dari terang hari sampai matahari terbenam. Nak dekat pukul 8 malam baru sampai bilik. Yaaaayyy boleh kurus. Yayyyy memang suka macam ni pun SANGAT.
Apa masalah yer dengan route lama. Selesa jer. Senang pula tu. Straight jer. Tak payah nak transit transit sangat. Kata hanya tempoh percubaan sampai 30 sept, ni dah oktober. Hello lupa nak selak kalendar hehh.
Malam ni ada diskusi tentang route bas baru ni. Ramai yang menanti untuk meluah.
Ciau~
hahahaha! a.ah la sa! gambr je same.hehehe.bgus sa bgus.suarakan pendapat anda mlm ni.hehehe
ReplyDeletegrrrrrr dorang xtukaq jugakkk..xcukup bas katanya
Delete