20/09/2013

~CONVEX OH CONVEX~


USM CONVEX a.k.a USM Convocation Expo
Tahun ni datang lagi
Tahun 2013


Ha siap ada belon besar lagi tahun ni. Untuk tahun ni Convex start 18 September sampai 22 September. Ini kali ke 4 bagi Sa sebagai mahasiswi USM Kampus Induk tengok mahasiswa siswi bergraduasi.....lawat tapak Convex. In sha Allah next year will be my turn. 

Macam tahun-tahun yang sebelum ni, Convex ada macam-macam gerai jualan, macam-macam aktiviti, macam-macam contest, macam-macam persembahan...Tahun ni artis-artis yang dijemput pun tiptop juga, macam Heliza Helmi, Johan MaharajaLawak dan Forteen. Haaa meriahkannnn. Tapak Convex pun sentiasa meriah dengan kunjungan ibu bapa, mahasiswa siswi, orang-orang luar dan seketariat Convex yang ber 'flashmob'.

Ha lagi satu kan, yang bagus yer Convex ni, setiap tahun Convex bagi peluang mahasiswa siswi USM untuk buka gerai jualan. Kebanyakan yang buka gerai jualan mewakili kelab,persatuan anak negeri dan desasiswa.



Tengok jer gambar atas ni, nampak semangat kannn semua mahasiswa siswi USM berniaga. Mencari keuntungan adalah sampingan yang penting hubungan antara mahasiswa sisiwi dapat dieratkan, kemahiran pun bertambah dan yang paling penting pengalaman. Kebanyakan mereka semuanya sukarela nak tolong kelab atau persatuan mereka. 

Sa pun ada pengalaman yang sama. Tahun lepas Kelab Fotografi USM buka gerai cenderahati, jual button badge, tshirt dan mug. Kami snap gambar on the spot dan siapkan onthe spot juga. Memang seronok masa tu dengan geng Majlis Tertinggi Kelab Fotografi.


Ha ni gambar Sa dengan salah seorang geng Majlis Tertinggi Kelab Fotografi, Amin kat depan gerai kami.





Tu mug yang Nad (geng kami juga) pegang tu dari gambar sampai printing semua kami yang buat. Waaaaa kenangan kenangan.....

Jadi siapa-siapa yang ada dekat-dekat area Penang, jom jom datang tapak Convex.

Ciau...Salam...

26/07/2013

~SASA OHHH SASA~

Terlalu lama...sangat lama...
BLOG BEEN HIDEN
for some reason
-SA MALAS-
hahaha tu dia...the perfect caption

Hay yo...hay blog...ya sekarang holiday season untuk student undergrad seangkatan dengan sa.Three months,lebih kurang.Wahhh feeling awesomeness gilagila...mana tak yer,it's like all the things being pause at this time...club activity,uni activity,assignment,presentation,test,lecture.Nanti September semua start play balik with a new spirit gituuu. 

 one of photo yang Sa suka,ni kat taman di Cameron.sometimes my handyshot okay juga,heee alhamdulillah

Ha macam dalam foto tu, macam tu lar the feeling of awesomeness sekarang. Ha nampak kan,terlalu banyak perkara perlu dihadap for the whole semester.But its my choice then its my responsible to face it bebeyh.Ni tengah holiday season,bolehlah sambung dan meluang serta membuang masa kat sini.

Sebab terlalu lama...jadi meh Sa coret sikit dan flashback about me.(also a reminder for me,supaya tak hilang ingatan)

Meh tempek foto muka sendiri satu


Saripah Binti Selamat...tu nama penuh. Orang keliling panggil macammacam nama...Sasa boleh. Ari pun boleh. Tapi Sa lebih suka orang panggil Sasa. Kat rumah orang panggil Adik,bongsu sangattt,nombor 6. Achu untuk anak sedara panggil.Ipah keluarga tiri panggil. Sedara mara pula panggil Che Pah atau Dik Pah. 22 tahun hidup, syukur...

Masih belajar, undergraduate. Study jauh 'over the sea' of our main land...UNIVERSITI SAINS MALAYSIA PENANG. In sha Allah after holiday, Sa akan jadi final year student, majoring ANTHROPOLOGY AND SOSIOLOGY (ANSOS), minoring in Psychology. 

Tanah tumpah darahku di Teluk Intan Perak. But currently stay kat Shah Alam Selangor.

Gitulah...sambung lain kali kay.

Ciau...Assalam







05/01/2013

~I'M A TROUBLE MAKER AND I KNOW IT~


Maybe people should push the stop button behind me. To stop Sa from creating a mess. I think so. Heee.Tak tau nak buat camna.Kalau tak cederakan diri, orang lain pun kadang-kadang jadi mangsa.  

Tengok jelar sebelum sebelum ni, kuku ibu jari Sa tersagat kat pintu sampai kena buat minor operation, tapak kaki tercacak besi karat, terkunci dari dalam bilik sendiri, yang paling kerap sekali Sa pecahkan mug sampai setiap semester lebih kurang 2 mug, yang paling bestnya semua ni jadi takda angin takda ribut. Maksudnya takda sebab. Kat rumah usah cerita lar macam macam jadi tambah lagi kalau Sa masuk dapur.

Baru je sat ni, Sa dah menyusahkan ex-roommate Sa. Feel so sorry for her. Pergi bilik dia nak amik citer movie untuk mengisi masa yang tak berapa lapang sebab nak exam tapi buat-buat macam terer dan hakikatnya satu hapa tak hafal lagi just usha-usha ja. Balik tu wahh bukan main lagi huuhaahuuhaa then.....'fiiiuuuuuuunggg'....lebih kurang macam tu bunyi pendrive tu melayang then...'fluppp'....mendarat kat simen ampaian yang agak jauh untuk dicapai. Tengok takda angin takda ribut pendrive tu boleh tercampak.


Pendrive tu ex-roommate punya, siap ada tangkal plus dengan kenangan hantar assignment. Mana Sa tak kalut dah lar barang orang hoiiii...



Can u imagine. Camna nak capai. Haiyoooooo. Rasa bersalah menebal gila walaupun ex-roommate tu kata takpa. Tapi bagi Sa ada apa. Sangat pentingnya untuk Sa bertanggungjawab. Huuuuuuu

Selepas cubaan mencapai pakai penyapu gagal sebab penyapu tu pendek then Sa campak penyapu tu ke bawah dengan harapan penyapu tu dapat tolak pendrive tu ke bawah then kita boleh amik je kat bawah. Tapi harapan jelar kannn. Penyapu tu memang lar jatuh ke bawah tapi pendrive tu tak berganjak mana pun. Orang bawah confirm confirm terkejut bunyi 'kedeganggg' kuat penyapu jatuh.

Oh kay terima hakikat yang Sa tak mampu nak amik pendrive tu. Then dengan kekesalan yang teramat, Sa minta maaf sangatsangat kat ex-roommate Sa tu. Sa balik bilik sat amik pendrive Sa.

Hati takkan puas sebab tak dapat amik balik pendrive yang jatuh tu tambah lagi dengan rasa bersalah Sa yang teramat gila. Sambil lalu koridor bilik Sa tu Sa nampak mop then lampu mentol idea pun menyala. Masuk bilik pula sempat story kat akak roommate then akak roommate pun  bagi idea pakai magnet, dia bagi keychain gajah thailand comel dia yang ada magnet tu.
Apa lagi berlari Sa dapatkan ex-roommate Sa tu. Sampai sampai Sa ikat keychain tu kat rambut mop tu then gagahkan diri capai pendrive tu. Sangat kreatif kan kami. Nasib baik dapat, pendrive tu cantik melekat kat magnet gajah tu. Settle masalah and my chest senak. Sayangpelokcium kat ex-roommate sebab tak marah Sa. Dah lar dia tengah study time Sa datang last last amik masa dia sebab pi jatuhkan pendrive kat ampaian. What a silly mess I made.

Heee. Moral of this mess, tangan time jalan tu jangan melayang-layang, yang paling penting hati tu gagah selesaikan masalah, tarik nafas fikir sat. Yang utamanya kalau ada kawan berjenis Sa, please taking a good care of her/him.