14/10/2013

~GEDUNG TUA~ #THE.STREET.2

Ia lama
Ia tua
orang kata yang lama sudah tidak bagus
tapi ia lama sebab ia bagus

Hay yo, Georgetown Penang again. Tahun akhir, jadi pusing selagi mampu area Penang. memang masa tak banyak, tapi curi curi sikit masa yang ada. Kalau diperhatikan betul betul, banyak benda yang menarik. Macam area Georgetown, kebanyakannya bangunan bangunan lama, antik.

Macam biasa menapak guna kaki, pusing pusing area situ. 

Tadaaaa....antara yang menarik perhatian dua mata sa
memang nampak macam biasa
tambah kalau lalu hari hari
memang mata akan pandang ringan
tapi cuba jadi 'The Outsider'








Ciau~

13/10/2013

~PENANG LITTLE INDIA~ #THE.STREET.1

Terus mencari
Keunikan
Dalam hal hal biasa
Dengan menjadi 'The outsider'

Tiga tahun lebih, hidup di Penang. Naik bas rapid Penang kalau nak ke jeti akan lalu area Georgetown, masuk area Masjid Kapitan, Kassim Mustafa. Nanti daripada tingkap luas bas tu nampak bangunan bangunan lama, antik, yang warna warnanya vintage, pakcik makcik muda mudi naik basikal. Selalu lalu, nampak macam biasa. Tak ambil peduli. Lalu...lalu jelar.

Last time, sa ubah kebiasaan sa, sa tekan loceng, turun area Kassim Mustafa. Menapak jalan kaki pusing pusing area situ. Yang suka tangkap ambil gambar memang akan layan habis.

Bila lalu simpang empat Lebuh Queen yang bertemu dengan Lebuh Pasar, ada lagi 2 lebuh, nanti akan dengar lagu hindustan atau tamil yang buat tangan kaki badan nak bergerak. Strong smells daripada 'setangi'. Warna warni yang terang lagi colourful sepanjang jalan kedai sari, gelang gelang. Waktu sa menapak, waktu pagi. Memang happening...Alive. Ada toko tepi jalan jual kuih tradisional, susu lembu, uncle auntie yang sembahyang, lepak lepak tepi jalan.


Bole chudiyan, bole kangana~



Part paling best bila lalu toko yang jual bunga bunga kekwa yang wangi wangi yang warna warni.
Mata tak lepas pandang.
Camera tak akan dimati.
Hati tak henti memuji.






Toko bunga bunga kekwa ni agak jauh dari area utama Little India.

Kali lain, kali kongsi yang lain.

Ciau~

12/10/2013

~ROOM WARMING PARTY~

Kumpul reramai
Sembang-sembang
Makan-makan
Gelak-gelak


Niat nak buat makan-makan kat bilik, lepas jugak. Heee..sebab sa spesis beria kambing, jadi guest yang datang siap kena ikut tema bagai. PINKY SWEET TALK gitu. Nasib guest semua sama spesis dengan sa. Makasih semua guest yang datang. Seriously korang memang awesome, best lepak lepak sambil makan makan, tengok movie Pee Mak.


Menu hari tu, fettuccine dengan sos prego, makaroni goreng, mushroom soup, puding cocktail dan sirap lemon. Makan ala ala western. Heee masak sensorang, jadi ikut kemampuan ler. Itu jer yang sa mampu hidangkan. Seronok tengok dorang semua enjoy makan makan.

Tadaaaa...pinky honey semuanya.




Agenda wajib...group photo session.
Kiri atas, Mira, Kirah Dilah, Zana.
Bawah kiri Akma, Sa, Izzah.
Yang takda dalam gambar, adik adik junior yang datang singgah sat makan makan.


Sorang sorang pose kat party backdrop. Baru sa prasan, gambar sendiri takda, heeee silly me.


Makasih again...next time kita siap buat party buih ke belon ke tema kain batik kay...

Ciau~

07/10/2013

~BILIK TAHUN AKHIR~

Student 
USM PENANG
Final Year
Masih menginap 
Hostel DESASISWA TEKUN
Bilik baru
Tingkat baru
Roommate baru

Yer mula dah lama semester satu sidang baru. Dah sebulan pun. Dah start berhabuk bersawang pun bilik. Tapi time sekarang lar baru banyak benda terbit.

Alhamdulillah, roommate okay, junior school social science cuma lain major. Jiran tetangga okay. Kebanyakannya adik-adik. Maka, sa jadi kakak kawasan. 

Bilik pula memang tiptop. Tingkat sepuluh. Tingkat paling atas. Gila tak gayat tengok bawah. Actually ni bilik member sa time last academic session. Selalu juga datang lepak-lepak bilik dia dulu-dulu. View dari bilik ni, subhanallah awesome. Can see the whole USM. Can see the Penang bridge. Can see the puffy clouds. Belum lagi view at nite. Streetlight, lampulampu neon. Jadi saksi mat motor racing malam minggu. Jadi saksi morning traffic jam. Jadi saksi human traffic jam kat jejantas USM. 

Kiri:Jejantas USM - Kanan:Padang Kawad,yang belah belakang tu main campus punya area

Tadaaa this is what Im talking bout.
Superman will be my new bestfriend.


Heee...hati harap dengan bilik baru ni, masalah dijauhkan dan kalau ada masalah, jalan diberikan.

Ciau~


03/10/2013

~ROUTE USM BUS : BARU vs LAMA~


ohhh kay
cuba lihat side baru, side lama
sudah cuba?
maaf masih tak dapat nilai 
apa yang baik bagus untuk yang baru ini




Haa atas ni antara profile picture yang kebanyakan dari kami student USM guna pakai sekarang. Protes mungkin atau mungkin mahu tunjuk prihatin, ambil berat, memang hak student, tengah suffer, tarik perhatian orang-orang yang berkaitan, biar mereka mereka tu sedar, pandang. Haaa then kemungkinan lepas ni baru lar gegeh nak tukar balik route lama. PREDICTABLE SCENARIO.

Masuk-masuk awal semester U sa, USM baru-baru ni, route bas yang lalu lalang dalam USM yang kerja dia ambil student hantar pergi mana-mana dalam USM, dah diubah ditukar dibarukan. Yang baru, dia ala ala ada transit transit bagai,  macam Komuter dan LRT tu. Dari main bus stop, tempat tu kami panggil Padang Kawad. Then dari situ turunkan kat area dewan kuliah. Semua HARUS turun situ then naik bas lain untuk pergi mana hala tuju masing masing.

Apa mata ni lihat...
1. Dari Padang Kawad, student yang tunggu ya amat ramai. Kena jadi selfish, rebut rebut, himpit himpit dalam bas sampai macam muka, badan melekat kat cermin pintu. Kesian student yang tunggu kat next stop. Bas dah penuh, tak muat. Kena tunggu lagi 10,15,20,30 minit.

2. Kat tempat yang kena transit, yang semua kena turun kat situ:
-Tempat dia tak comfortable, bahaya, tepi jalan kot. Dah semua kena turun situ, kena tunggu kat situ untuk naik bas lain, bayangkan berapa ramai yang diri kat situ, tepi jalan. Orang-orang yang lalu naik kereta ke motor ke, kena jaga jaga lalu kat situ, sebab student penuh, takut jadi kes pula terlanggar ke apa ke. 
-Bila hujan, tak ke naya semua...berbasah berlenjun. tempat nak teduh pun tak muat. Bila panas terik, confirm rentung muka, sakit kepala.
-Bas yang nak ditunggu pula, lambat. Yer mungkin matlamat mereka nak jadikan student seorang yang penyabar. 

3.Jadi kerja pula pergi balik, kena naik 2 3 bas. Ambil masa sangat. 15-30 minit untuk pergi. 15-30 minit untuk balik. GAPOOO haihhh

Jadi beramai- ramailah student berjalan kaki. Sa pula setiap hari selasa dah memang jadi rutin dari Pusat Bahasa, kelas bahasa habis pukul 7 malam, time tu memang bas tak nampak bayang, then jalan lah kaki dari terang hari sampai matahari terbenam. Nak dekat pukul 8 malam baru sampai bilik. Yaaaayyy boleh kurus. Yayyyy memang suka macam ni pun SANGAT.

Apa masalah yer dengan route lama. Selesa jer. Senang pula tu. Straight jer. Tak payah nak transit transit sangat. Kata hanya tempoh percubaan sampai 30 sept, ni dah oktober. Hello lupa nak selak kalendar hehh.

 Malam ni ada diskusi tentang route bas baru ni. Ramai yang menanti untuk meluah.

Ciau~