20/09/2013

~CONVEX OH CONVEX~


USM CONVEX a.k.a USM Convocation Expo
Tahun ni datang lagi
Tahun 2013


Ha siap ada belon besar lagi tahun ni. Untuk tahun ni Convex start 18 September sampai 22 September. Ini kali ke 4 bagi Sa sebagai mahasiswi USM Kampus Induk tengok mahasiswa siswi bergraduasi.....lawat tapak Convex. In sha Allah next year will be my turn. 

Macam tahun-tahun yang sebelum ni, Convex ada macam-macam gerai jualan, macam-macam aktiviti, macam-macam contest, macam-macam persembahan...Tahun ni artis-artis yang dijemput pun tiptop juga, macam Heliza Helmi, Johan MaharajaLawak dan Forteen. Haaa meriahkannnn. Tapak Convex pun sentiasa meriah dengan kunjungan ibu bapa, mahasiswa siswi, orang-orang luar dan seketariat Convex yang ber 'flashmob'.

Ha lagi satu kan, yang bagus yer Convex ni, setiap tahun Convex bagi peluang mahasiswa siswi USM untuk buka gerai jualan. Kebanyakan yang buka gerai jualan mewakili kelab,persatuan anak negeri dan desasiswa.



Tengok jer gambar atas ni, nampak semangat kannn semua mahasiswa siswi USM berniaga. Mencari keuntungan adalah sampingan yang penting hubungan antara mahasiswa sisiwi dapat dieratkan, kemahiran pun bertambah dan yang paling penting pengalaman. Kebanyakan mereka semuanya sukarela nak tolong kelab atau persatuan mereka. 

Sa pun ada pengalaman yang sama. Tahun lepas Kelab Fotografi USM buka gerai cenderahati, jual button badge, tshirt dan mug. Kami snap gambar on the spot dan siapkan onthe spot juga. Memang seronok masa tu dengan geng Majlis Tertinggi Kelab Fotografi.


Ha ni gambar Sa dengan salah seorang geng Majlis Tertinggi Kelab Fotografi, Amin kat depan gerai kami.





Tu mug yang Nad (geng kami juga) pegang tu dari gambar sampai printing semua kami yang buat. Waaaaa kenangan kenangan.....

Jadi siapa-siapa yang ada dekat-dekat area Penang, jom jom datang tapak Convex.

Ciau...Salam...

2 comments: